Wednesday, September 29, 2010

 

SATU HARI SATU HADIS

Salam semua pembaca blog yang dihormati.  Saya sebagai penulis ingin memaklumkan saudara / saudari sekalian mengenai hadis yang saya masukkan bahawa hadis-hadis tersebut dipetik dari Kalendar Nurul Iman.  Kadangkala berbentuk hadis / maksud Al-Quran setiap hari mengikut tarikh catatan di dalam blog ini.  Walaubagaimanapun, saya terlepas hari-hari cuti, maka saya akan gantikan pada hari berikutnya.  Jika saudara / saudari ingin menggunapakai hadis-hadis ini tiada masalah.  Anda tidak perlu risau akan kesahihannya, dan tak perlu ragu-ragu kerana semua adalah dipetik dari sumber yang boleh dipercayai.

Semua jenis renungan dan catitan adalah berdasarkan apa yang ditulis di dalam diari Islam terpilih.  Tujuan menulis ini adalah untuk mendidik diri sendiri disamping menyebarkan kepada umum agar dapat memanfaatkan ilmu Allah.  Saya sendiri sebagai manusia tidak larat untuk membaca hadis / huraian Al-Quran.  Maka dengan adanya blog ini, disamping untuk mengingat diri sendiri akan pentingnya membaca, dan juga pelajaran untuk diri sendiri dapat disebarkan kepada yang lain.  Ada juga terdapat kata-kata dalam bahasa inggeris juga dipetik dari kalendar agar dapat manfaat bersama.  Anda juga boleh memberi komen tentang maksud yang anda faham di dalam blog saya ini.

Semoga renungan,  hadis atau huraian Al-Quran yang pendek lagi berkesan ini dapat merawat jiwa dan nurani kita dalam menempuh jalan yang berduri dan berliku.  Semoga dipermudahkan Allah dalam kita mencari pahala, dan perjalanan menemuiNya nanti.

Sekian, wasalam.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Shima The Best