Wednesday, September 29, 2010

 

SATU HARI SATU HADIS

Salam semua pembaca blog yang dihormati.  Saya sebagai penulis ingin memaklumkan saudara / saudari sekalian mengenai hadis yang saya masukkan bahawa hadis-hadis tersebut dipetik dari Kalendar Nurul Iman.  Kadangkala berbentuk hadis / maksud Al-Quran setiap hari mengikut tarikh catatan di dalam blog ini.  Walaubagaimanapun, saya terlepas hari-hari cuti, maka saya akan gantikan pada hari berikutnya.  Jika saudara / saudari ingin menggunapakai hadis-hadis ini tiada masalah.  Anda tidak perlu risau akan kesahihannya, dan tak perlu ragu-ragu kerana semua adalah dipetik dari sumber yang boleh dipercayai.

Semua jenis renungan dan catitan adalah berdasarkan apa yang ditulis di dalam diari Islam terpilih.  Tujuan menulis ini adalah untuk mendidik diri sendiri disamping menyebarkan kepada umum agar dapat memanfaatkan ilmu Allah.  Saya sendiri sebagai manusia tidak larat untuk membaca hadis / huraian Al-Quran.  Maka dengan adanya blog ini, disamping untuk mengingat diri sendiri akan pentingnya membaca, dan juga pelajaran untuk diri sendiri dapat disebarkan kepada yang lain.  Ada juga terdapat kata-kata dalam bahasa inggeris juga dipetik dari kalendar agar dapat manfaat bersama.  Anda juga boleh memberi komen tentang maksud yang anda faham di dalam blog saya ini.

Semoga renungan,  hadis atau huraian Al-Quran yang pendek lagi berkesan ini dapat merawat jiwa dan nurani kita dalam menempuh jalan yang berduri dan berliku.  Semoga dipermudahkan Allah dalam kita mencari pahala, dan perjalanan menemuiNya nanti.

Sekian, wasalam.

Saturday, September 25, 2010

 

TIADA PENGECUALIAN MENUNTUT ILMU

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.:  "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim". (Riwayat Ibu Majah dan Abu Ya'la)

(Quran)
Dan sesiapa bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya) dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya); serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. -At-Talaaq 65:2-3

Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Jauihilah penderita kusta seperti engkau menjauhi singa. (HR Bukhari)
Sesungguhnya jika kami mewafatkan (sebelum kamu mencapai kemenangan) maka sesungguhnya kami kaan menyeksa mereka (di akhirat).  (Az-Zukruf:41)

Friday, September 24, 2010

 

FAEDAH MEYAMPAIKAN ILMU

Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda:  "Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain.  Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami.  Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Bila Allah menghendaki seseorang menjadi baik, ia akan dikurniakan kebajikan."  (HR Bukhari)
Dia mencipta semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternakan yang kamu tunggangi. (Az-Zukruf: 12)

(Hadis)
Disunatkan mengambil wuduk jika timbul perasaan marah.  Api kepanasan marah dapat dipadamkan oleh air sembahyang. -Abu Daud.

People can alter their lives by altering the attitudes of mind. -William James.

Thursday, September 23, 2010

 

KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN ILMU

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda:  "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu 'ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil.  Tiada sebarang kesempitan dan dosa."  (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Barangsiapa tidur dalam keadaan tangannya masih berbau busuk kemudian ia terkena suatu musibah, maka hendaklah ia menyesali dirinya sendiri."  (HR Al-Bazzar)
Dia menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kamu supaya kamu mendapat petunjuk.  (Az-Zukruf: 10)

Quran:
"Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat.  Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

-Surah An-Nisaa' 4:134

Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Barangsiapa tidur dalam keadaan tangannya masih berbau busuk kemudian ia terkena suatu musibah, maka hendaklah ia menyesali dirinya sendiri."  (HR Al-Bazzar)

Dia menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kamu supaya kamu mendapat petunjuk. (Az-Zukruf:  10)

You do not lead people by hitting people over the head, That's assault, not leadership. -Eisenhower.

Friday, September 03, 2010

 

HARI INI DAN ESOK

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya.

Friday, August 20, 2010

 

BALASAN MENGKHIANATI ILMU

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:  "Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka."  

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Every thing comes to him who hustles while he waits.  - Thomas Edison

Thursday, August 19, 2010

 

NIAT: PERMULAAN SEGALA AMALAN

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda:  "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.  Setiap orang dinilai dengan niatnya.  Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya.  Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu. 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

A journey of a thousand miles must begin with a single step.  -Chinese Proverb

Wednesday, August 18, 2010

 

MEMOHON KEAMPUNAN PADA SETIAP KETIKA

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan:  'Maha suci Engkau, wahai Allah dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau'; melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu."  

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

"THE ONLY SIN IS MEDOCRITY"  - Martha Graham

Tuesday, August 17, 2010

 

Once You...

Once you say you're going to settle for second, that's what happens to you in life, I find.


- John F. Kennedy

Friday, August 13, 2010

 

Pembaharuan

Kepada semua pembaca blog,

Saya akan memasukkan satu hari satu hadis Rasulullah untuk kita lebih memahami dan belajar daripadanya dan amalkan.

Saya juga akan teruskan menambah kata2 semangat atau motivasi yang seterusnya.
Semoga pembaca semua dapat memanfaatkan ruangan ini untuk menjadi insan yang berjaya.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Shima The Best